in , ,

Fall Guys: Server Sesak Pada Hari Pelancaran, Kena Bom Reviu, Kemudian Kembali Positif

Semalam merupakan hari yang cukup sibuk untuk Fall Guys: Ultimate Knockout dan pembangunnya, Mediatonic.

Game seumpama battle royale yang comel ini telah dilancarkan sepenuhnya semalam, serentak dengan ia masuk ke dalam barisan game percuma PlayStation Plus.

Sejak sesi percubaan beta lagi game ini sudahpun ‘meletop’, apatah lagi semasa hari pelancarannya, sehinggakan nampaknya Mediatonic tidak melakukan persediaan yang mencukupi bagi menghadapi kejutan jumlah pemain yang begitu ramai. JomGaming juga merupakan sebilangan besar pemain yang tidak dapat masuk ke dalam server Fall Guys semasa mencubanya malam tadi.

Walaupun pihak mereka bertungkus-lumus untuk memberikan pengalaman yang lancar pada hari pertama, sesetengah peminat mula mengebom bom game ini di Steam dengan reviu negatif kerana kecewa tidak dapat bermain game yang mereka tidak sabar untuk cuba ini.

https://twitter.com/FallGuysGame/status/1290701280533504001?s=20

Namun, selepas akaun Twiiter Fall Guys memohon agar peminat sama-sama bersabar dan tidak memberikan reviu negatif sedemikian, laman game tersebut di Steam telah kembali dengan reviu-reviu yang positif.

https://twitter.com/FallGuysGame/status/1290718178755203073?s=20

Walau bagaimanapun, isu server yang sesak ini sudah kembali pulih. Ketika artikel ini ditulis, kami sudahpun dapat bermain Fall Guys tanpa sebarang masalah.

Fall Guys: Ultimate Knockout kini boleh dimainkan di PC dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat – Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

FIFA 21 Takkan Masukkan Sistem VAR Atau Stadium Kosong Tanpa Penyokong