in , ,

Fall Guys: Season 2 Akan Diperlihatkan Semasa Malam Pembukaan Gamescom 2020

Apakah formula mudah untuk meneruskan populariti sesebuah game yang mencanak naik pada ketika ini? Umumkan musim keduanya!

Walaupun musim pertama Fall Guys: Ultimate Knockout masih berbaki lebih daripada sebulan lagi, Mediatonic sudah bersedia untuk memperlihatkan sedikit gambaran tentang bagaimana musim keduanya akan dihidupkan.

Fall Guys: Season 2 akan diperlihatkan semasa malam pembukaan Gamescom 2020, satu lagi acara gaming tahunan terbesar dunia yang bakal dilangsungkan secara digital. Acara ini akan bermula pada 28 Ogos ini, 2 pagi (waktu Malaysia).

Apalah agaknya yang akan disajikan dalam musim kedua game battle royale comel ini. Arena baharu? Battle pass berbayar? Ciri-ciri tambahan seperti splitscreen atau practice mode? Sama-sama kita tunggu.

Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Black Myth: Wukong Diumumkan, Game Seumpama Dark Soul Adaptasi Novel Terkenal China

Black Myth: Wukong Diumumkan, Game Seumpama Dark Souls, Adaptasi Novel Terkenal China

Pembangun Black Myth: Wukong Akan 'Bersembunyi' Selepas Trailer Mendapat Perhatian Ramai

Pembangun Black Myth: Wukong Akan ‘Bersembunyi’ Selepas Trailer Pertamanya Meletup