Musim seterusnya Fall Guys yang bertemakan zaman pertengahan akan menemui para pemain pada minggu hadapan.
Mediatonic telah mengumumkan tarikh pelancaran Fall Guys: Season 2 iaitu pada hari Khamis ini, 8 Oktober.
Menjelang pelancaran Season 2, mereka akan memberikan markah Fame (XP) dua kali ganda dari Isnin sehingga pelancaran musim baharu bagi membantu para pemain menaikkan level dalam saki-baki musim pertama.
Musim kedua ini akan menampilkan bermacam kandungan baharu antaranya opsyen customizations seperti nama samaran, bendera dan lebih banyak Crown untuk diperolehi, serta emote, skin dan arena baharu — semuanya bertemakan zaman pertengahan.
Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.
Comments
Loading…