Kalau diikutkan, kawalan dalam Fall Guys adalah sangat ringkas. Hanya ada butang jalan, lompat, tunduk dan pegang.
Walau bagaimanapun, di kala game ini sedang dimainkan jutaan pemain, semakin banyak cara dan strategi kita temui yang diilhamkan untuk mereka memenangi Crown walaupun game ini hanya menampilkan kawalan yang ringkas. Antaranya seperti satu taktik ini dalam pusingan Final yang baru saja ditambah, iaitu Jump Showdown.
Bekas Presiden SIE Worldwide Studios, Shuhei Yoshida telah memuatnaik video di Twitter yang berkongsikan momen beliau memenangi Jump Showdown. Kemudian ada satu pengguna Twiiter membalas tweet tersebut dengan memuatnaik satu taktik untuk memenangai Jump Showdown yang kita mungkin tidak pernah terfikir pun sebenarnya boleh dilakukan.
Pemain ini telah berpaut di hujung platform, meletakkan badannya tergantung di bahagian sisi bawah, sekaligus membuatkan karakter beliau tidak akan tersentuh langsung dengan halangan berputar di atas platform tersebut. Mungkin sukar untuk dibayangkan, jadi korang tonton sendiri aksi ini di bawah.
Ada perbincangan juga tercetus daripada video ini. Apakah ini merupakan satu taktik yang tidak adil, atau sebenarnya satu cara yang bijak? Apa pandangan korang?
Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.
Comments
Loading…