Game apa yang meniti di bibir para pemain ketika ini di seluruh dunia? Ya, game battle royale seumpama Istana Takeshi, Fall Guys.
Terkini, penerbitnya, Devolver Digital telah berkongsikan beberapa statistik terbaharu mengagumkan tentang game ini yang berjaya diperoleh dalam hanya seminggu.
2 juta unit telah terjual di platform Steam, 1.5 juta Crown telah dberjaya digapai, 23 juta jam tontonan di Twitch dan 60 juta pemain telah tersingkir dalam Fall Guys.
Kongsikan dengan kami pengalaman paling melucukan korang ketika bermain game ini. Dah berapa kali dapat Crown?
Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.
Comments
Loading…