in , ,

Fall Guys Kini Lebih Popular Daripada Grand Theft Auto V Di Steam

Fall Guys pada ketika ini merupakan game yang paling banyak dibualkan dalam komuniti gaming, sehinggakan server game ini sesak semasa hari pertama pelancaran.

Terkini, setelah beberapa hari dilancarkan, Fall Guys telah menolak Grand Theft Auto V untuk menduduki tangga tangga ke-4 di Steam sebagai game paling ramai dimainkan.

Semasa artikel ini ditulis, Fall Guys mencatatkan 101,300 pemain serentak yang sedang bermain, serta dalam tempoh 24 jam yang lalu, ia pernah mencecah 124,772 pemain serentak. Manakala GTA V pula hanya mencatatkan 72,053 pemain serentak.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah Fall Guys mampu memecahkan tiga gergasi game di Steam — iaitu Counter-Strike: Global Offensive, Dota 2 dan PUBG?

Pastinya, bukan ini sahaja rekod yang sedang dipecahkan oleh Fall Guys. Menurut GitHyp, Fall Guys merupakan game paling berjaya semasa pelancaran yang pernah dicapai oleh mana-mana game yang pernah diterbitkan oleh Devolver Digital. Malah, Mediatonic sendiri telah mengesahkan yang dalam masa hanya 24 jam pertama pelancaran, ia telah mengumpulkan 1.5 juta pemain berdaftar.

Siapa sangka, bukan? Di kala pembangun game-game AAA mengeluarkan game shooter batte royale, sebuah game comel yang seumpama Istana Takeshi akan menjadi antara game paling popular tahun ini.

Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Dr Disrespect Akhirnya Keluarkan Kenyataan, Tapi Twitch Masih Membisu

Dr Disrespect Kembali Streaming Ke Youtube, Tapi Bukan Secara Eksklusif

Papan Iklan UEFA Champions League Mula Paparkan Iklan PS5