in , , , ,

Fall Guys Kini Bawah Epic Games Selepas Pembelian Syarikat Induk Mediatonic

Fall Guys kini berada bawah satu bumbung dengan Fortnite dan Rocket League.

Epic Games telah mengambil-alih Tonic Games Group, iaitu syarikat induk kepada Mediatonic, studio pembangun Fall Guys.

Berita ini diumumkan di kedua-dua laman Epic Games dan Mediatonic. Studio itu menganggap pengambil-alihan ini sebagai ‘satu kemenangan besar’ kepada Fall Guys.

Mediatonic menegaskan yang gameplay Fall Guys tidak akan berubah, dan misi mereka untuk membawa game ini ke lebih banyak platform akan tetap diteruskan. Mereka menyatakan yang ia akan tetap boleh dibeli di Steam dan PlayStation Store, malah rancangan untuk membawanya ke Switch dan Xbox masih diteruskan.

Setiap musim, mereka akan terus menampilkan pelbagai kandungan, ciri-ciri, pusingan dan kostum baharu.

Adakah Fall Guys akan menjadi sebuah game percuma (free-to-play)? Mereka tidak mahu mengumumkan apa-apa mengenainya. Ini pastinya menjadi persoalan hangat memandangkan selepas Rocket League diambil-alih oleh Epic Games pada 2019, ia menjadi sebuah game percuma untuk semua platform yang ada.

Melalui bantuan kuasa penuh oleh Epic Games, kini mereka akan membawa Fall Guys ke satu tahap yang lebih tinggi, kata Mediatonic.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satu Lagi Trailer DOTA: Dragon’s Blood Diperlihatkan, Gambaran Lebih Jelas Jalan Ceritanya

Aliens: Fireteam: Game Shooter Co-Op Baru Lawan Makhluk Asing, Inspirasi Daripada Francais Aliens