in , , ,

Fall Guys: Game Battle Royale Macam Istana Takeshi, Tapi Comel!

Dalam E3 tahun ini, ada dua game/mode battle royale pelik yang diumumkan. Pertama, Fallout 76 membawakan battle royale. Keduanya pula ialah game ini, Fall Guys.

Macam mana nak gambarkan game ini? Ia game battle seperti rancangan Istana Takeshi, tapi dengan tema warna-warni dan rekaan karakter yang comel.

Dibangunkan oleh Mediatonic dan diterbitkan oleh Devolver Digital, game ini akan mencampakkan 100 pemain ke dalam arena yang penuh dengan halangan. Setakat ini, mereka telah memperlihatkan tiga jenis level yang ada dalam game ini.

Pertama, pemain perlu merempuh beberapa pintu untuk sampai ke garisan penamat. Yang jahatnya, sebahagian pintu yang ingin dirempuh itu sebenarnya adalah dinding yang tidak boleh ditembusi. Pemain perlu membuat keputusan yang bijak kerana kalau lambat (pening kepada sebab merempuh dinding kukuh), pemain akan disingkirkan.

Level kedua, separuh daripada pemain akan mempunyai ekor. Objektif level ini ialah untuk sampai ke garisan penamat bersama-sama dengan ekor. Bagi yang tiada ekor, pemain perlu mencurinya dari pemain lain, dan mereka yang sedia ada pula harus mempertahankannya.

Level ketiga pula, pemain perlu berlari mendaki gunung yang dalam perjalanan itu, dipenuhi dengan halangan yang sangat menyakitkan hati. Di puncak gunung itu terdapat makhota yang semua pemain rebut untuk dapatkan.

Korang boleh saksikan gameplay Fall Guys di bawah:

Fall Guys akan dilancarkan untuk PC dan PS4 pada tahun 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Overcooked 2: DLC Terbaru Didedahkan, Mode Baru Beri Makanan Kepada Zombi

Overcooked 2: DLC Terbaru Didedahkan, Mode Baru Beri Makanan Kepada Zombi

Simfoni Assassin's Creed Akan Memulakan Jelajah Orkestra Ke Seluruh Dunia

Simfoni Assassin’s Creed Akan Memulakan Jelajah Orkestra Ke Seluruh Dunia