Minggu lalu, Mediatonic telah melancarkan semula Fall Guys, dan kali ini ia telah beralih kepada sebuah game bermodelkan percuma (free-to-play).
Susulan peralihan itu, mereka telah mendedahkan bahawa 20 juta pemain telah berjaya dikumpulkan dalam tempoh hanya 48 jam.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sama ada jumlah 20 juta itu adalah pemain baharu atau gabungan sekali dengan para pemain sedia ada sebelum ini.
Fall Guys dilancarkan kali pertama untuk PC (Steam) dan PS4 pada 4 Ogos 2020 sebagai sebuah game berbayar.
Pada 21 Jun 2022, ia telah bertukar kepada model game percuma, dan turut dilancarkan kali pertama untuk Xbox One, Xbox Series dan Switch, selain turut boleh dimainkan secara percuma di platform asal iaitu PC (bertukar ke Epic Games Store) serta PS4 dan PS5.
Comments
Loading…