in , , , ,

Fall Guys Beralih Ke Model Percuma, Dilancarkan Ke Switch, Xbox, Epic Games Store 21 Jun

Mediatonic telah mengumumkan yang Fall Guys akan beralih ke model game percuma (free-to-play) pada 21 Jun ini.

Bersama-sama dengan peralihan ini, game battle royale platformer itu akan turut dilancarkan ke Nintendo Switch, Xbox dan Epic Games Store.

Fall Guys juga akan menambah sokongan cross-play, cross-platform party dan cross-progression untuk semua platform sedia ada dan baharu, termasuklah antara Steam, PlayStation, Switch, Xbox dan Epic Games Store. Fungsi cross-play ini akan menggunakan Epic Games Account sebagai akaun yang akan menghubungkan kesemua platform ini.

Langkah ini sememangnya sudah dijangka memandangkan Epic Games telah mengambil-alih Tonic Games Group pada tahun lalu, iaitu syarikat induk kepada Mediatonic, studio pembangun Fall Guys.

Versi PS5 juga akan dilancarkan, membawakan waktu loading yang lebih pantas serta beberapa penambahbaikan prestasi lain.

Bermula 21 Jun ini juga, pemain baharu di PC tidak akan boleh muat-turun Fall Guys di Steam. Pemain baharu hanya akan boleh mendapatkan game percuma ini di Epic Games Store. Walau bagaimanapun, pemain sedia ada yang pernah membeli Fall Guys di Steam, akan terus boleh bermainnya di platform itu, dan ia akan tetap dikemaskini dengan musim, patch dan kandungan-kandungan baharu.

Pemain sedia ada yang sudah memiliki Fall Guys, sama ada di Steam atau PlayStation, akan menerima Legacy Pack yang akan menghadiahkan nama samaran, plat nama, tiga kostum dan akses kepada premium season pass yang baharu.

Season pass ini akan menggunakan model yang sama dalam Fortnite dan Rocket League, di mana pemain boleh membelinya dengan Show-Bucks, dan kemudian mendapat akses kepada bermacam item kosmetik dalam game untuk di-unlock.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Berkongsi Lanjut Senarai Game PlayStation Plus Baharu – Assassin’s Creed Valhalla, Red Dead Redemption 2, God of War, Ghost Of Tsushima, Death Stranding

Cyberpunk: Edgerunners Akan Diperlihatkan Dalam Netflix Geeked Week 2022, Ini 2 Video Teaser