in

Fairy Fencer F: Advent Dark Force: Versi Bahasa Inggeris Bakal Menemui Korang Julai Ini!

Game dari Idea Factory & Compile Heart untuk korang kipas-susah-mati!

Publisher, Idea Factory International, telahpun mengumumkan game versi Bahasa Inggeris Fairy Fencer F: Advent Dark Force bakal release pada 26 Julai 2016 di Amerika Utara (region R1) dan 29 Julai 2016 di Eropah (region R2).

Jom layan opening movie game ni yang baru saja di-release Idea Factory International!

Fairy Fencer F: Advent Dark Force menceritakan satu kisah pada masa yang lampau, di mana peperangan telah berlaku di antara Vile God dan Goddess. Kedua-dua pihak adalah sama kuat dan peperangan antara kedua-dua pihak adalah amat sengit.

Fairy-Fencer-F-004

Disebabkan masing-masing mempunyai kekuatan yang sama, mereka menggunakan satu senjata yang sangat special yang mempunyai kuasa daripada fairies atau pari-pari. Dengan menggunakan kuasa dari pari-pari ini, setiap dewa-dewi telah diperangkap di dalam alam yang lain. Senjata special yang digunakan Vile God dan Goddess ini dipanggil Furies dan mereka yang menggunakan senjata ini dikenali sebagai Fencers.

Masa pun berlalu dengan cepat… Ura-ura mengatakan bahawa Furies adalah satu senjata yang hebat dan sesiapa yang dapat mengumpul kesemua Furies ini boleh meminta satu permintaan dan akan dikabulkan! Disebabkan hal ini, ramai Fencers yang berlawan sesama sendiri untuk mendapatkan kesemua Furies yang ada.

Fairy-Fencer-F-008

Lalu muncul lah protagonist kita, Fang, seorang jejaka muda yang tiba-tiba saja jadi seorang Fencer dan telah menyelamatkan sorang gadis yang bernama Tiara. Ironinya, Tiara juga adalah seorang Fencer. Semenjak hari itu, Fang mendapati dirinya memainkan peranan yang penting dalam peperangan di antara Vile God dan Goddess ini.

Fairy-Fencer-F-002

Game ini memaparkan 3 cerita dan jalan cerita untuk korang main, iaitu Goddess Story, Vile God Story dan Evil Goddess story, di mana kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan berdasarkan pilihan anda, pelbagai endings dapat di-unlock!

Korang boleh memilih untuk bermain Easy, Normal atau Hard mode. Kalau korang rasa susah atau senang sangat lepas pilih, korang boleh je tukar ke mode lain bila-bila masa korang nak. Korang juga bakal mempunyai enam party members ketika battle. Syiok!

Fairy-Fencer-F-007

Senjata korang boleh juga di-customize dengan menggabungkan senjata korang dengan pari-pari. Fencers korang boleh di-power-up dengan menggunakan kuasa pari-pari untuk bertukar atau dipanggil fairize, ketika sedang bertarung!

Fairy Fencer F: Advent Dark Force bakal menemui korang di platform PS4 sahaja.

What do you think?

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Samurai Rising: Game RPG Dari Square Enix Untuk Pengguna Mobile!

Microsoft Dilaporkan Sedang Membina Xbox Baru!