in ,

Facebook Xbox Singapore Ditukar Kepada Xbox SEA, Guna Bahasa Melayu – Bakal Masuk Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi?

Salah satu faktor utama mengapa jenama PlayStation mendominasi Asia, terutamanya Asia Tenggara, adalah disebabkan Microsoft sendiri tidak membawa jenama Xbox ke pasaran rantau ini secara rasmi. Mahu atau tidak, pemain di rantau ini akan tetap memilih PlayStation kerana lebih mudah untuk didapati.

Namun, senario ini mungkin bakal berubah melihat daripada apa yang sedang berlaku di akaun Facebook rasmi Xbox yang selama ini memfokuskan kepada pasaran Singapura sahaja.

Akaun Facebook ‘Xbox Singapore’ kini telah ditukar namanya kepada ‘Xbox SEA’ — seterusnya menimbulkan tanda tanya apakah ini bermakna Microsoft akhirnya akan meluaskan pasarannya ke Asia Tenggara di luar Singapura?

Menurut Aksiz, nama akaun Facebook itu telah ditukar pada 9 April 2021. Lebih menarik, jika lawati Facebook Xbox SEA sekarang, kita akan dapat lihat beberapa perkongsian mengenai Age of Empires IV yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Vietnam.

Mungkin dua negara ini, Malaysia dan Vietnam, akan menjadi dua negara pertama Asia Tenggara yang bakal mendapat sokongan rasmi Xbox, selepas Singapura?

Malah, info ‘About’ akaun tersebut juga menyatakan:

Xbox News + Updates for South East Asia – we’ve got you covered. Because when everyone plays, we all win.

Buat masa ini, belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada Microsoft mengenai perubahan yang berlaku di akaun Facebook Xbox SEA.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Idea Days Gone 2 Dilaporkan Ditolak Oleh Sony, Bend Studio Pernah Terlibat Dalam Uncharted Baru

The Day Before Paparkan Gameplay Lawan Zombi, Looting Yang Lebih Panjang