in ,

Facebook Lancarkan “Gaming Creator Program”, Khas Untuk Streamers Jana Pendapatan Melalui Livestream

Mandatory Credit: Photo by GIAN EHRENZELLER/EPA/REX/Shutterstock (7916860az) The facebook logo inside the facebook Chalet on the sideline of the 47th annual meeting of the World Economic Forum, WEF, in Davos, Switzerland, 20 January 2017. The meeting brings together enterpreneurs, scientists, chief executive and political leaders in Davos January 17 to 20. World Economic Forum, WEF, in Davos, Switzerland - 20 Jan 2017

Jaga-jaga Twitch dan Youtube!

Facebook semakin hari semakin dekat dengan para gamers. Mereka baru sahaja melancarkan satu program yang boleh memberikan saingan yang lebih sengit kepada dua platform utama gaming streaming, iaitu Twitch dan Youtube.

Facebook telah mencipta satu program baru, digelar “Facebook Gaming Creator Program”, bagi memudahkan gaming streamer menjana wang semasa livestream, seakan apa yang dilakukan kini oleh Twitch dan Youtube.

“Ramai pencipta kandungan gaming menjana kewangan melalui video dengan sokongan daripada para peminat mereka, dan kami sedang secara aktif mencari jalan untuk para peminat membantu pencipta kandungan gaming kegemaran mereka semasa livestream terpilih di Facebook,” kata mereka dalam satu pengumuman.

Antara poin utama yang menjadi fokus dalam program ini adalah streamers dapat mencapai penonton yang lebih ramai, memandangkan jumlah pengguna Facebook kini adalah seramai 2 billion.

Bagi streamers yang menyertai program ini, mereka akan dibenarkan untuk melakukan livestream dengan resolusi 1080p/60fps, yang mana Facebook Live kini hanya menawarkan 720p/30fps.

Sekiranya berminat, korang boleh mendaftar untuk program ini di sini.

Mampukah Facebook memecahkan dua tembok besar gaming – Twitch dan Youtube?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekolah Umum Di Jakarta, Indonesia Ini Sudah Mula Mengajarkan Subjek Esport

Game Avengers Mendapat Pembangun-Pembangun Veteran Dari Naughty Dog, EA, Monolith Dan Banyak Lagi