Facebook telah melancarkan sebuah aplikasi baharu yang memfokuskan kepada gaming.
Aplikasi itu pada asalnya dikatakan ingin dilancarkan pada Jun, lapor The New York Times, namun ia telah dipercepatkan dan telahpun dilancarkan pada hari ini di peranti Android — boleh muat-turunnya di sini.
Versi iOS pula akan dilancarkan kemudian, selepas ia mendapat pengesahan daripada Apple.
Aplikasi yang digelar Facbook Gaming itu disasarkan kepada 700 juta pengguna bulanan Facebook yang berinteraksi dengan kandungan mengenai video game di rangkaian popular itu. Aplikasi ini memberikan fokus utama kepada streaming, sama ada pengguna menggunakannya sebagai streamer atau penonton, serta memudahkan game-game mobile untuk ‘Go Live’.
Selain itu, ia juga akan membenarkan pengguna untuk bermain game-game Facebook seperti ‘Words with Friends’ dan ‘Uno’ melalui aplikasi tersebut.
Aplikasi ini juga akan menempatkan akses kepada Group dan komuniti berkaitan gaming.
Comments
Loading…