Ketika PS4 pertama kali dilancarkan, Facebook merupakan antara laman sosial yang pemain boleh muat-naik video atau screenshot terus dari PS4.
Walau bagaimanapun, pada Oktober 2019, Sony telah menghentikan sokongan Facebook ini, yang mana pemain kini hanya boleh memuat-naik video atau screenshot dari PS4 ke Twitter atau Youtube sahaja.
Terkini, Facebook pula dilaporkan telah memadamkan beberapa video yang pernah dimuat-naik oleh pemain ke akaun Facebook mereka. Apa yang lebih aneh ialah Facebook melakukannya secara senyap tanpa sebarang pemberitahuan.
Perkara ini pertama kali ditemui oleh seorang pemain yang bertanyakan soal ini di Reddit. Beliau telah perasan bahawa video-video yang dimuat-naik ke akaun Facebooknya sejak beberapa tahun lalu telah hilang.
Membaca komen-komen di post tersebut, ramai juga telah melaporkan perkara yang sama.
Selepas membaca post di Reddit ini, penulis turut menyemak sendiri video-video yang penulis pernah muat-naik sendiri di akaun Facebook peribadi. Namun, kesemua video tersebut masih ada.
Mungkin ia hanya berlaku kepada sesetengah akaun Facebook? Mungkin hanya glitch yang telah menyembunyikan video-video mereka?
Korang mengalami pemadaman video-video ini juga? Cuba semak Facebook korang.
Comments
Loading…