Kisah harian ‘GOAT’ akan ditatapkan kepada peminatnya?
Menurut laporan Variety, Facebook kini dikatakan sedang berbincang untuk membawakan rancangan realiti yang akan dibintangi pemain bola sepak antara terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo. Rancangan ini berpotensi untuk dikeluarkan oleh syarikat gergasi media sosial itu melalui Facebook Watch, sebuah platform kandungan TV oleh Facebook.
Ronaldo dilaporkan akan memperoleh bayaran sebanyak USD10 juta (RM40.35 juta) untuk menampilkan dirinya dalam siri yang mempunyai 13 episod itu.
Ronaldo kini adalah atlet yang paling popular di di Facebook dengan memiliki 120 juta pengikut. Nama beliau sejak beberapa hari ini pastinya hangat diperkatakan apabila sudah menyatakan yang beliau mahu meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus, ditambah pula dengan laporan tentang rancangan realiti ini.
Sekiranya laporan ini adalah benar dan rancangan realiti ini menjadi kenyataan, apakah bentuk siri TV yang akan dibawakan Facebook? Adakah seperti dokumentari? Atau rancangan realiti yang memaparkan kehidupan seharian yang mempunyai aura seperti mode The Journey dalam siri game FIFA?
The Journey, iaitu story mode sebagai seorang pemain bola sepak antarabangsa, pertama kali diperkenalkan oleh EA Sports dalama FIFA 17. Kemudian, ia mendapat sekuelnya dalam FIFA 18 serta akan kembali lagi dalam FIFA 19 akan datang.
Comments
Loading…