in , ,

Fable “Mempunyai Banyak Tempat Ia Boleh Pergi,” Kata Ketua Xbox

Ketua Xbox, Phil Spencer bercakap mengenai masa depan francais Fable, mencadangkan mungkin terdapat lebih banyak penyertaan.

Apabila ditanya di Twitter sama ada ya atau tidak kita akan dapat melihat Fable 4, Spencer membalas. “Tiada apa untuk diumumkan buat masa sekarang tetapi saya fikir IP-nya mempunyai banyak tempat yang ia boleh pergi.”

Tahun lepas dapat disaksikan penutupan syarikat developer yang mencipta Fable iaitu Lionhead Studio. Penutupan itu juga telah memadamkan game co-op action role-playing iaitu Fable Legends.

Pengasas Lionhead Peter Molyneux, yang meninggalkan studio itu pada tahun 2012 untuk menubuhkan syarikat 22 Cans, memberitahu kepada IGN bahawa jika dia boleh kembali ke masa lampau dan mengelakkan penutupan studio, dia akan mempunyai kerja berpasukan untuk menyiapkan Fable 4 daripada Legends.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dead Space 2 Dan 3 Kini Boleh Didapati Untuk Xbox One Backward Compatibility

League of Legends: Dark Star Kha’Zix Dan Orianna Hadir Dengan Animasi Dan Efek Yang Lebih Menarik