Apa jadi apabila PUBG dan Fortnite bergabung dalam satu game?
Sejak Fortnite Battle Royale dilancarkan, ia sering menjadi perbandingan kepada PlayerUnknown’s Battleground, sebuah game bergenre battle royale yang telah mencipta fenomena sebelum itu. Jadi, mengapa kita perlu berdebat lagi sama ada PUBG ataupun Fortnite lebih baik kalau kita boleh menikmati gameplay kedua-dua game ini dalam satu game terbaru?
Ya, betul. Memperkenalkan, Extopia, sebuah game bergenre battle royale yang membawakan grafik dan persekitaran realistik seperti PUBG dan memperkenalkan mekanik membina pelbagai bentuk binaan seperti Fortnite.
Korang boleh saksikan trailernya di bawah:
Paling menarik tentang game ini adalah ia dibangunkan oleh CiBmall, sebuah studio pembangunan dari Malaysia!
Di bawah korang boleh lihat pula video acah yang memperlihatkan pengubahsuaian karakter yang bakal ada dalam game ini nanti:
Ini pula map untuk game ini yang baru sahaja didedahkan:
Korang sudah boleh dapatkan Alpha Key untuk game ini dengan menekan link ini, kemudian menjawab beberapa soalan tinjauan (survey). Walau bagaimanapun, selepas mendapat Alpha Key tersebut, korang perlu menyimpannya terlebih dahulu kerana game ini masih belum boleh dimuat-turun.
Buat masa ini, hanya platform PC diumumkan, dan tiada sebarang pengumuman ke platform-platform lain.
Apa-apa perkembangan terbaru tentang game ini korang boleh ikuti mereka di Facebook Extopia.
Comments
Loading…