Apakah perkara pertama apabila korang mendengarkan ayat ‘Excel? Adakah ia Microsoft Excel? Jika ya, tepat sekali!
Excel Esports menguji kemahiran berfikir logik menggunakan IFS, XLOOKUP, SUM, VBA, Power Query, dan apa-apa sahaja dibenarkan dan strateginya terpulang kepada korang untuk menyelesaikan masalah dalam Excel!

Dianjurkan oleh Financial Masters yang turut ditaja oleh Microsoft, FMWC Open kembali membuka peluang untuk orang ramai menyertai kejuaraan ini. Korang boleh cuba mendaftar di sini dan cuba menangi USD 10,000!
Ha, ini lah satu-satunya esport yang korang boleh membawa ke interview kerja nanti, menunjukkan kehebatan korang dalam Excel.
Pertandingan akan diadakan dalam 8 pusingan (8 Oktober, 29 Oktober, 3 November, dan 12 November) dengan peserta mara melalui kurungan sambil mereka mendapat mata menyelesaikan tugasan permainan berasaskan MS Excel.
Peserta akan diberi arahan, peraturan untuk permainan, dan soalan untuk dijawab pada tahap kesukaran yang semakin meningkat. Setiap permainan berlangsung selama 30 minit. Untuk menyelesaikan tugasan ini, korang tidak memerlukan pengetahuan khusus tentang kewangan, kejuruteraan, statistik atau disiplin saintifik yang lain.
Selain FMWC Open, mereka juga mengendali pertandingan jemputan All Star Battle, Global (Sum)it dan lain-lain lagi. Acara live mereka amat lah meriah dengan 2 host yang rancak menilai strategi serta kupasan dan ulasan setiap pemain dalam pertandingan ini.

Peserta yang menunjukkan tahap penguasaan Excel yang terbaik akan menjadi juara kejohanan. Hadiah termasuk $10,000 USD, Pengiktirafan Global dan akses kepada tugas permainan Excel.
Semua perlawanan disiarkan secara langsung dan boleh ditonton di saluran Youtube dan juga ESPN. Acara ‘finals’ tahun lepas meraih lebih dari 500 ribu viewers. Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk jadi the next Excel master!
Sumber: FM World Cup
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://www.binance.com/ru-UA/register?ref=GJY4VW8W