Komuniti FGC pastinya mengikuti pesta pertandingan fighting game setiap tahun – EVO, di mana pengumuman-pengumuman menggegar dunia FGC dilakukan.

EVO tahun ini telah mengumumkan beberapa kejutan – dari berita leak ke pengumuman rasmi. Jom layan.

Street Fighter V: Video Leak ‘Umumkan’ Ketibaan E. Honda, Lucia dan Poison 

Selepas berdiam diri sekian lama tentang masa hadapan Street Fighter V, Capcom telah “mengumumkan” karakter-karakter baru SFV bagi season akan datang dengan video yang tertiris di platform Steam. Video trailer ini sedikit sebanyak membantutkan kejutan yang ingin dilakukan Capcom di EVO 2019, bagaimanapun, Capcom menggunakan peluang ini untuk mengiklankan karakter-karakter ini sepanjang EVO malahan mengeluarkan movelist rasmi mereka.

Ketiga-tiga karakter ini akan hadir ke Street Fighter V: Arcade Edition pada 4 Ogos nanti dengan masing-masing berharga $5.99 / €5.99 / £4.99 / atau 100,000 Fight Money. Summer 2019 Character Bundle juga diumumkan dengan pakej ketiga-tiga karakter beserta Battle Costume dan Default Color 3 – 10 pada harga $14.99 / €14.99 / £11.99 / RM54.00.

Bagi korang yang belum bergasak dalam SFV, boleh cuba download dan main SFV secara PERCUMA di platform PS4 dan Steam. Sesi FREE TRAL ini akan berlangsung sehingga 11 Ogos dan akan menampilkan 16 karakter asal dan 6 karakter dari Season 3!

Bagi peminat Devil May Cry, korang boleh dapatkan costume Vergil bagi Cody di dalam SFV:AE. Paling best, OST Vergil, Dante dan Nero juga akan hadir di dalam mode Extra Battle game ini dari 30 Ogos sehingga 27 September.

Tekken 7: Zafina (Tekken 6) dan Leroy Jenkins… Leroy Smith Diumumkan

Bandai Namco telah mengumumkan ketibaan Zafina, sang ratu lelabah dari Tekken 6 dan karakter baru, Leroy Smith, pakar kung fu yang berdendam – akan hadir bagi Season 3 Tekken 7 pada September 2019 nanti.

Selain dua karakter ini, Bandai Namco kelihatan seperti akan mengumumkan beberapa karakter lain yang masih dirahsiakan. Kita tunggu pengumuman lanjut nanti.

Samurai Shodown Umumkan Karakter-Karakter Baru PERCUMA

King of Fighters 15/XV  Dalam Pembikinan

Di penghujung trailer Samurai Shodown, SNK telah mengumumkan logo baru King of Fighters 15 yang sedang dalam pembikinan. Tiada maklumat lain diumumkan setakat ini.

Guilty Gear Berikutnya Diumumkan

Arc System Works pula telah mengumumkan game Guilty Gear baru yang akan datang pada 2020 nanti. Gameplay game ini diperlihatkan dan beberapa karakter lama dan baru dipaparkan. Tak banyak maklumat baru diumumkan bagi game 2.5D ini, tapi trailernya bikin dada goncang lah der.

Kalau korang minat aksi anime, korang mesti teruja tengok trailer ni!

DragonBall FighterZ: Janemba, Karakter Filem DragonBall Z: Fusion

Arc System Works juga telah mengumumkan benda-benda baru lagi best yang akan hadir ke game popular mereka – DragonBall FighterZ. Janemba, karakter DLC terbaru diumumkan dan akan hadir ke game tersebut pada 8 Ogos nanti.

Karakter yang dicedok dari filem Dragon Ball Z: Fusion ini mempunyai teknik pertarungan yang memaksa Goku dan Vegeta bergabung menjadi Gogeta!

Paling best, Super Saiyan Blue Gogeta dapat dilihat di penghujung trailer ini – dan dijangka akan tiba ke DBFZ tak lama lagi.

BlazBlue: Cross Tag Battle Version 2.0 Diumumkan

Tamat aje top 8 BlazBlue: Cross Tag Battle, Arc System Works umumkan episod berikutnya game ini – BlazBlue: Cross Tag Battle Version 2.0 yang akan tiba penghujung tahun ini. Game ini nanti akan menggabungkan karakter-karakter daripada francais  BlazBlue, Persona 4 Arena, Under Night In-Birth, RWBY, Arcana Heart dan 9 karakter baru daripada francais Senran Kagura dan Akatsuki Blitzkampf.

Korang suka crossover anime? Korang suka fighting game? Ini mungkin fighting game pilihan korang, melainkan J-Stars Victory VS keluarkan episod baru bagi francais tersebut.

SoulCalibur 6/VI: Cassandra dan Haohmaru (Samurai Shodown) Masuk Gelanggang

Cassandra telah diumumkan sebagai karakter terakhir bagi season pertama SoulCalibur 6, akan boleh dimainkan bermula 5 Ogos.

Haohmaru dari game Samurai Shodown pula diumumkan sebagai karakter pertama dari 4 karakter baru akan datang ke SoulCalibur 6 season 2 nanti. Sistem parry seperti akan dimasukkan ke dalam sistem gameplay season 2 nanti yang pastinya akan membawa FGC moments yang mengujakan.

Pengumuman yang mana satu paling buat korang hype? Ada pengumuman yang kitorang terlepas? Roger-roger kat ruangan komen kat bawah tu.

JomGaming akhiri laporan ini dengan ucapan, ‘Selamat bertumbuk dan teruskan bergasak FGC!’

JomKomen!