Sumber: ASTROGaming

EVO 2019 datang dan pergi. Dewa dewi fighting game juga datang dan pergi. Paling mengagumkan adalah ketibaan dewa Tekken 7 dari Pakistan – Arslan.

Sumber: ASTROGaming

Arslan โ€œVSLASH|Arslan_Ashโ€ Siddique telah mengalahkan Jae-Min โ€œKneeโ€ Bae dan dinobatkan sebagai juara Tekken 7 di EVO 2019. Dengan kemenangan ini, beliau akan membawa pulang kejuaraan esports bertaraf dunia pertama ke Pakistan. Kejuaraan yang selama beberapa tahun ini didominasi atlit-atlit esports Korea.

Dan dengan kemenangan ini juga, Arslan adalah satu-satunya atlit Tekken 7 yang memenangi EVO Japan (USD13,575.30) dan EVO US (USD13,894.00)ย dalam tahun yang sama! Untung kan?

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perjalanan kerjaya pemuda ini, pasti akan terkesan melihat kepayahan dan rintangan yang dilaluinya bagi membuktikan kebolehannya kepada dunia fighting game.

Kerana situasi politik Pakistan, ini menyukarkan perjalanan Arslan dan ahli komuniti FGC negaranya dalam menyertai pertandingan-pertandingan fighting game di luar negara. Malahan, perjalanan berlikunya ke EVO Japan hampir menyaksikan beliau berputus asa dan pulang ke Pakistan dengan kekecewaan!

“Aku hanya mahukan kemenangan…sebab aku menderita untuk sampai ke sini!” ujar Arslan di dalam video di atas. Ternyata, janji Tuhan itu pasti dan rezeki milik mereka yang berusaha. Dan hasilnya, Arslan muncul juara di EVO Japan 2019!

Keunggulan ini diteruskan pula di EVO US 2019, arena fighting game antarabangsa yang disertai jaguh-jaguh tersohor dari seluruh dunia.

Di dalam satu temuramah bersama ESPN selepas kemenangannya, apabila ditanya, apakah yang membuatkan permainan Tekken 7-nya begitu bagus di EVO 2019? Arslan menjawab, “Mungkin doa dari ibuku.”

Cukup mudah jawapan, cukup indah ungkapan.

Tahniah Arslan. Moga kau teruskan perjuanganmu demi keluarga, demi negara, demi nyalarasa cintamu terhadap Tekken.

Semoga atlit esports sedunia jadikan kau sebagai inspirasi dan semangat mereka menerjah ke gelanggang dunia hendaknya.

JomKomen!