Pada hari esok, UEFA akan bersidang untuk menentukan apakah nasib kejohanan bola sepak terbesar Eropah, EURO 2020 yang pada asalnya dijadualkan bermula pada 12 Jun ini. Kemungkinan besar ia akan ditunda, menyahut saranan FIFA yang menyuruh kesemua aktiviti bola sepak antarabangsa ditangguhkan bagi mengelak penularan COVID-19.
Walau bagaimanapun, jangan bimbang sekiranya kejohanan itu ditunda kerana korang akan boleh duduk di rumah dan bermain EURO 2020. Kandungan tambahan (DLC) EURO 2020 akan mengikut jadual dilancarkan ke dalam PES 2020 pada 30 April ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Kemaskini percuma ini akan menambah kesemua 55 pasukan kebangsaan bawah naungan UEFA, bersama-sama dengan jersi dan skuad terbaharu. Stadium Wembley, venue untuk final EURO 2020, akan direkasemula dalam game, khas untuk DLC ini.
https://twitter.com/officialpes/status/1238049649195442176?s=20
Tapi, sekiranya EURO 2020 ditunda, misalnya ke tahun 2021, apakah DLC ini juga akan ditunda oleh Konami? Masih lagi digelar EURO 2020 atau EURO 2021? Sama-sama kita nantikan.
Comments
Loading…