Acara esports disahkan secara rasmi sebagai salah satu acara yang akan menyumbang kepada pingat dalam temasya Sukan Asia 2022 yang bakal diadakan di Hangzhou, China.
Sebelum ini, dalam Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta-Palembang, Indonesia, acara esports dipertandingkan hanya sebagai pertunjukkan demonstrasi — yang mana Malaysia turut menghantar wakil dalam acara PES 2018.
Menurut South China Morning Post, pengumuman itu dibuat penganjur di Weibo pada Rabu lalu semasa Perhimpunan Agung ke-39 Majlis Olimpik Asia yang diadakan di Muscat, Oman.
Buat masa ini, mereka belum mendedahkan apakah senarai game yang akan dipertandingkan dalam acara esports ini.
Menurut Esports Observer pula, esports akan menyertai kategori ‘acara-acara intelektual’ lain, yang turut menampilkan permainan catur.
Temasya kali ke-19 Sukan Asia akan berlangsung dari 10 hingga 25 September 2022.
Comments
Loading…