Akhirnya teka-teki rombakan ahli Esports Malaysia terjawab sudah!

Melalui satu post di Facebook page Esports Malaysia, persatuan itu telah mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa baru yang akan berkhidmat memajukan arena esports negara sepanjang 2019-2022. Ahli-ahli ini dipilih semasa sidang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung semalam di Royale Chulan Hotel, Mutiara Damansara.

Tahniah JomGaming ucapkan kepada ESM di atas rombakan yang harapnya akan memandu pembangunan esports negara ke arah yang lebih bermutu dan terjamin.

Bagaimanapun, tinjauan JomGaming mendapati komen-komen warganet mempersoalkan kredibiliti, pengalaman dan penglibatan ahli-ahli baru ESM ini. Jadi, kitorang cuba Google dan bertanya kepada pihak-pihak yang tahu lalu dikumpulkan maklumat berkaitan individu-individu yang dinamakan ini;

Dato Ananth bersama Dato Latt, bekas Presiden ESM. Sumber: AirMarine

PRESIDEN:
Ananth A/L Sevlanga Nathan
Dato Ananth yang sebelum ini memegang jawatan Pemangku Presiden ESM merupakan Pengarah Urusan syarikat pengangkutan logistik dan pengurusan rantaian bekalan AirMarine Asia. Beliau juga terlibat di dalam menganjurkan AirMarine Cup 2019. Dato Ananth juga memegang jawatan Timbalan Presiden Asia Esports Federation (AESF) yang berpusat di Dubai. Beliau dilihat sebagai tenaga muda yang akan menggerakkan jentera ESM supaya lebih progresif, aktif dan berdayasaing.

TIMBALAN PRESIDEN:
Afiq Fadhli Bin Narawi
Presiden Sarawak Esports Association (SESA)
SESA telah mengumumkan mereka akan menggerakkan pembangunan esports Sarawak serta menjadikan Bumi Kenyalang itu sebagai destinasi esports dan tournament berskala besar!

NAIB PRESIDEN 1:
Muhammad Naim Al Amin Bin Saharudin
Presiden Esports Perak
Ahli Parlimen Belia Malaysia

NAIB PRESIDEN 2:
Ooi Boon Seang
Bekas Timbalan Presiden ESM

NAIB PRESIDEN 3
Tiara Natassah Ching
Pekerja AirMarine

NAIB PRESIDEN 4
Mohamad Khir Bin Md Noor
Presiden Esports Pulau Pinang
Ahli Parlimen Belia Malaysia

AHLI JAWATANKUASA (AJK)
Husyin Bin Abd Murat – Presiden Esports Pahang, Ahli Parlimen Belia
Thariq Bin Kamar – Presiden Esports Kelantan, Ahli Parlimen Belia Malaysia
Muhammad Muzakkir Bin Nur Mubin – Presiden Esports Malaysia Kedah, Ahli Parlimen Belia
Afzarnuddin Bin Burhanuddin – Presiden Esports Selangor, anak kepada pemilik Les’ Copaque
Li Kuan Leong – Pekerja AirMarine
Muhammad Nur Saddiq Bin Mohd Khusni – Pencarian Google menemukan kami kepada Muhammad ‘Nur Sadiqin Bin Mohd Khusni’, Riot Games Student Ambassador – adakah orang yang sama? Adakah ESM melakukan typo?
Firdaus Bin Hashim – Pengarah Mineski Events Team Malaysia
Noor Azam Bin Hj Mohamad – Esports Kuala Lumpur
Khishen A/L Gopal – Esports Kuala Lumpur
Kelvin Pang Ching Kuen – Borneo Gaming Company

JURUAUDIT 1
Shazali Kamaruddin – Esports Kuala Lumpur

JURUAUDIT 2
Nur Djelizhiana Sheghary Binti Iswaran – Pekerja AirMarine


Ternyata, barisan ahli-ahli baru ESM rata-ratanya terdiri daripada mereka-mereka yang telah berkhidmat dan berjasa dalam membangunkan industri esports di negeri masing-masing.

Namun begitu, terdapat beberapa nama yang memusykilkan dan diragui sumbangan mereka terhadap pembangunan esports negara. Mungkin ini akan dijelaskan oleh ESM kelak dalam pengumuman rasmi mereka nanti.

Maklumlah, rakyat mahukan pentadbiran esports yang telus dan berkredibiliti sekarang ni. #MalaysiaBaru kan?

JomKomen!