Perdebatan sama ada esports layak untuk dipertandingkan atau tidak ke dalam Sukan Olimpik sememangnya sudah berlarutan selama bertahun.

JomBaca: Presiden Jawatankuasa Olimpik MASIH Risau Akan Keganasan Esports – Tak Mahu Game Ganas Terlibat!

Walau bagaimanapun, sama ada korang setuju atau tidak, esports tetap akan dipertandingan sebagai acara yang memungut pingat dalam Sukan SEA yang akan berlangsung pada tahun ini di Filipina.

Terbaru, satu kenyataan dari Alfons Hörmann, presiden Persekutuan Sukan Olimpik Jerman (DOSB) mampu menggegarkan seluruh industri esports — dengan mengatakan “esports itu tidak wujud”.

“Dan ia tidak akan dimasukkan ke dalam program Olimpik,” tambah Hörmann.

Komennya ini mempunyai nada yang selari dengan Peter Beuth, Menteri Dalaman & Sukan Jerman, yang sebelum ini (dengan lucunya) membandingkan esports dengan aktiviti menjahit dan bermain rekoder. Beliau turut menegaskan bahawa yang beliau menentang keras sokongan kerajaan terhadap program-program esports.

“Idea yang mengatakan industri e-gaming sedang bersaing untuk pendanaan, saya rasakan, adalah tidak masuk akal,” kata Beuth. Malah, beliau sebelum ini turut menggesa terma “esports” itu dihentikan kerana “ia tiada kena mengena dengan sukan (sports)”.

Di sebalik dua tokoh ini yang tidak senang dengan perkembangan esports, ada sekurang-kurangnya seorang individu dalam kerajaan Jeman yang menyokong industri ini. Dorothee Bär, Menteri Negeri untuk Pendigitan Jerman, pernah berkicau di Twitter dengan mengatakan:

“Esports adalah sukan. Ia semudah itu”.

Terima kasih, PC Gamer.

JomKomen!