in ,

Epic Telah Belanja RM2.1b Untuk Epic Games Store, Hanya Akan Jana Keuntungan Selepas 2027

Baru-baru ini, dokumen yang mengandungi butiran tentang pertikaian undang-undang antara Epic Games dengan Apple telah didedahkan kepada umum. Daripada dokumen tersebut, beberapa info penting telah berjaya ditemui.

Antaranya, dokumen itu menyatakan yang Epic Games telah membelanjakan lebih daripada USD500 juta (sekitar RM2.1 billion) juta dalam pelaburan Epic Games Store, lapor PC Gamer.

Para peguam Epic menyebutkan semasa prosiding mahkamah bahawa syarikat itu belum lagi menjana keuntungan daripada Store tersebut. Malah Epic tidak menjangkakan yang mereka akan menjana sebarang keuntungan sehingga sekurang-kurangnya bermula tahun 2027.

“Epic Games Store adalah tidak menguntungkan dan tidak terbanding dengan App Store,” ujar peguam Epic, “dan ia tidak akan untung untuk sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi, kalau ada pun.”

Dokumen itu mendedahkan lagi yang Epic kerugian sekitar USD181 juta (sekitar RM764) pada tahun 2019, serta dijangka rugi USD273 juta (sekitar RM1.2 billion) pada 2020. Untuk tahun 2021 pula, Epic dijangka rugi kira-kira USD139 juta (sekitar RM587 juta).

“Tahap terbaik pun, Epic tidak menjangkakan yang EGS untuk memiliki keuntungan kasar keseluruhan sebelum 2027.”

Walaupun Epic Games kelihatan seperti ‘sedang rugi’, kita tahu itu bukanlah hakikatnya. Syarikat itu banyak memperoleh keuntungan dari pelbagai aspek lain, khususnya pembelian-pembelian yang dilakukan para pemain dalam Fortnite.

Melalui pendapatan itu, Epic telah melaburkannya ke dalam Epic Games Store: mendapatkan hak-hak jualan eksklusif banyak game di store itu, serta memberikan bermacam game percuma pada setiap minggu. Harus diingat, ya para pemain dapat bermain game-game itu secara percuma, tetapi Epic lah yang membayarnya kepada para penerbit dan pembangun game-game tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kepulangan Pemenang Pingat Emas Olimpik Rusia Dirai Dengan Persembahan ‘Toss a Coin to your Witcher’

Pemain Ini Tukar PS2 Kepada Platform Bimbit – Macam Switch Versi Sony Tapi Era 2000