Siapa yang suka main Fortnite dengan keyboard dan mouse? Ini ada berita terbaru untuk korang.
Fortnite adalah sebuah game yang sangat pantas berubah. Setiap minggu pasti akan ada pembaharuan yang akan dibawakan. Kini, penggunaan mouse dan keyboard pula akan diubah.
Kelihatan Epic sedang membuat perubahan besar terhadap bagaimana penggunaan mouse dan keyboard berfungsi dalam matchmaking.
Sekiranya korang tidak tahu, walaupun dalam game-game lain di PS4 dan Xbox One tidak dibenarkan menggunakan keyboard dan mouse secara terus, entah bagaimana dalam Fortnite, pemain boleh cucuk dan main (plug and play) sahaja alatan ini tanpa sebarang masalah. Ini secara langsung telah mengganggu pengalaman pemain yang menggunakan controller memandang pengguna keyboard/mouse mempunyai kelebihan.
Tapi, melalui perancangan terbaru, semuanya akan berubah. Epic telah berkata bahawa mereka perlu lakukan perubahan ke atas matchmaking untuk membaiki isu tersebut. Yang mana akan membenarkan pemain berpasangan dengan pemain lain berdasarkan kepada peralatan yang mereka gunakan.
Satu post di Reddit telah mempertikaikan mengapa Fortnite masih membenarkan pemain PS4 menggunakan keyboard/mouse dengan mudah. Kemudian wakil Epic telah menyatakan yang satu matchmaking baru akan diperkenalkan, Yang mana akan membenarkan pemain berpasangan dengan pemain lain berdasarkan kepada peralatan yang mereka gunakan.
Kemudian, satu lagi pertanyaa ditanyakan, berbunyi, “Jika pemain PC yang lebih suka gunakan controller, adakah mereka akan berlawan dengan pemain lain yang juga gunakan controller?”
Wakil dari Epic turut menjawab, “Kami akan menjawab sebarang pertanyaan anda pada minggu hadapan.”
Perubahan ke atas matchmaking dalam Fortnite ini diterima dengan baik oleh peminat Fortnite. Ini akan membuatkan pengalaman game ini lebih seimbang. Epic tidak menyediakan jangka masa kepada bilakah pembaikian ini akan dilaksanakan dalam game ini.
Comments
Loading…