in , ,

Epic Menawarkan Sony RM822 Juta Untuk Bawa Game PlayStation Ke Epic Games Store

Melalui perbalahan Epic Games dan Apple di mahkamah, banyak butiran di belakang tabir yang telah didedahkan secara umum. Selain laporan tentang Epic Games perlu membayar Sony untuk membenarkan cross-play, ada satu lagi butiran yang dapat kita ketahui mengenai dua syarikat gergasi gaming itu.

Epic Games dikatakan pernah menawarkan USD200 juta (sekitar RM822 juta) untuk membawakan game-game terbitan PlayStation ke platform Epic Games Store secara eksklusif, lapor PC Gamer.

Kita tidak dapat pastikan apakah tawaran itu telah diterima oleh Sony ataupun tidak kerana dokumen mahmakah yang didedahkan itu adalah dokumen semasa mereka masih lagi dalam perbincangan.

Dokumen itu mendedahkan yang Epic menawarkan perjanjian lanjutan, bermakna terdapat tawaran yang berbeza sebelum itu. Epic menawarkan Sony sekurang-kurangnya akan memperoleh pendapatan sebanyak USD200 juta untuk 4 hingga 6 game. Apa yang kurang jelas di sini adalah sama jumlah USD200 juta itu adalah untuk satu game sahaja atau termasuk dalam 4-6 game sekaligus.

Sumber: PC Gamer.

Buat masa ini, hanya ada dua game terbitan Sony yang dilancarkan secara eksklusif untuk platform PC di Epic Games Store iaitu ReadySet Heroes dan Predator: Hunting Grounds. Manakala, dua lagi game terbitan Sony yang ada di Epic Games Store, namun turut ada di Steam, adalah Horizon Zero Dawn dan Days Gone.

Seperti yang disebutkan tadi, dokumen ini merupakan dokumen awal semasa Epic dan Sony masih lagi dalam perbincangan. Kita tidak tahu sama tawaran itu dipersetujui atau tidak, dan sekiranya ya, kita juga tidak tahu apakah isi akhirnya, sama ada tawaran itu kekal sama atau ada penambahan atau pengurangan wang yang dijanjikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Disaman Kerana Didakwa Mahu Memonopoli Pembelian Game Di PlayStation Store

Sony Dilaporkan Akan Mula Produksi Model Baharu PS5 Pada 2022