in , , , , ,

Epic Games Usik Peminat Dengan Pelancaran Fortnite Di China

China numba wan.

Fortnite kini adalah fenomena global. Tetapi, secara teknikalnya, ia belum lagi dinikmati oleh gamers ‘global’ kerana belum dilancarkan di China.

Melalui tweet terbaru, Epic Games telah mengusik peminat, yang mana ia mungkin memberi petanda bahawa Fortnite akan dilancarkan di negara tembok besar itu tidak lama lagi.

“Battle Bus akan berlepas. Destinasi, China”, kata tweet itu sambil memuatnaik gambar passport karakter dalam game itu yang telah dicop dengan tarikh 23/4/2018. Berkemungkinan besar, Fortnite akan dilancarkan di China pada tarikh tersebut, atau mungkin satu pengumuman akan dibuat pada tarikh itu.

China sememangnya sebuah pasaran gaming yang cukup besar. Namun, ia lebih fokus kepada mobile gaming, dan gaming di PC dan konsol agak kurang mendapat tempat di sana.

Maka, apakah platform yang akan dilancarkan di China? Adakah hanya mobile atau kesemua platform yang ada untuk Fortnite? Sama-sama kita nantikan kata rasmi daripada Epic Games.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Battlefield V: DICE Dilaporkan Sedang Memprototaip Mode Battle Royale

Photo Mode Untuk God of War Diperlihatkan, Bakal Tiba Dalam Kemaskini Akan Datang