Menu
in ,

Epic Games Store Rugi RM748 Juta Dan RM1.1 Billion Pada 2019 Dan 2020

Seronok bukan korang ambil semua game percuma di Epic Games Store pada setiap minggu? Tapi korang tahu tak apa kesannya kepada syarikat tersebut?

Epic Games dikatakan telah mencatat kerugian hampir USD181 juta (sekitar RM748 juta) pada tahun 2019, manakala USD273 juta (sekitar RM1.1 billion) pada tahun 2020.

Data ini diperoleh dalam satu dokumen mahkamah, lapor DSOGaming.

Dalam kata lain, Epic Games Store tidak pernah lagi mencatatkan keuntungan sepanjang dua tahun yang lalu. Walaupun dilabelkan sebagai agak optimistik, Epic Games dijangka akan mula mencatat keuntungan pada 2023.

Apatah lagi, game-game eksklusif yang dibawa masuk ke dalam EGS juga tidak menguntungkan syarikat itu.

Ketika ini, EGS telah mengumpulkan 160 juta pengguna berdaftar, serta lebih daripada 56 juta pengguna aktif bulanan. 12 peratus caj yang dikenakan kepada pembangun yang memasarkan game mereka di store tersebut hanya cukup-cukup untuk menampung kos operasi EGS.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version