in ,

Epic Games Store Mengacah Satu Game Percuma Misteri Bakal Hadir Minggu Depan

Game percuma yang ditawarkan di Epic Games Store pada minggu ini telah didedahkan, iaitu The Lion’s Song.

Tidak seperti minggu-minggu sebelum ini yang terus mendedahkan game percuma minggu hadapannya, kali ini Epic Games telah mengacah satu game misteri.

Ini bukan kali pertama Epic Games mengacah game misteri seumpama ini. Sebelum ini, game misteri yang pernah diacah, akhirnya merupakan Grand Theft Auto V, dan disebabkan mendapat sambutan luar biasa, ia mengakibatkan Epic Games Store sesak.

Oleh itu, para peminat sudah mula berteka-teki, apakah game besar dan popular yang akan Epic Games berikan secara percuma ini pada minggu hadapan.

Game misteri tersebut akan didedahkan dan boleh mula diambil pada 20 Mei ini, 11 malam (waktu Malaysia).

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ninja Dedahkan Pernah Jana Lebih RM20 Juta Sebulan Melalui Fortnite Creator Code

Lebih 20 Minit Gameplay The Division Heartland Telah Tertiris