Kita pastinya pernah mengalami situasi seumpama ini: baru sahaja beli sebuah game, kemudian tidak lama selepas itu, game itu diletakkan diskaun dalam satu promosi jualan murah. Kita pun takut untuk membeli game lagi kerana gusar kalau setiap kali beli, ada saja jualan murah yang ditawarkan setelah itu.
Dilema ini mungkin tidak akan kita alami lagi apabila membeli game di Epic Games Store kerana platform gaming itu akan mengembalikan sebahagian wang yang pemain gunakan untuk membeli sesebuah game beberapa ketika sebelum game itu mendapat diskaun.
Dalam satu tweet, Joshua Boggs, pengasas Studio MayDay, berkongsikan satu emel yang beliau terima. Emel tersebut datang dari Epic Games Store yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima kembali wang yang sepatutnya beliau jimat sekiranya membeli game itu semasa promosi jualan murah yang sedang berlangsung.
Whoa whoa what?! I’ve clearly been around for too long because I find this refund for a discount I missed on the @EpicGames store absolutely mind blowingly generous. This is incredible? pic.twitter.com/eHfcus5E0K
— Joshua Boggs (@jboggsie) May 15, 2020
Boggs tidak mendedahkan apakah game atau berapa jumlah wang yang dikembalikan, tapi dari segi logiknya begini: Sekiranya korang telah membeli game itu pada harga RM100, dan diskaun selepas itu telah menawarkannya pada harga RM60, maka RM40 akan dikembalikan kepada korang.
Walau bagaimanapun, ada satu persoalan yang timbul dan masih belum terjawab, berapakah tempoh waktu yang terpakai dalam prosedur ini? Maksudnya, sebagai contoh, sekiranya jualan murah itu bermula pada hari ini, bilakah tarikh pembelian game itu sebelum jualan murah yang terpakai untuk polisi ini? Apakah seminggu ke belakang? Atau sebulan ke belakang? Atau bila?
Mungkin Epic Games Store akan berkongsikan lebih lanjut tentang polisi terbaharu mereka ini dalam masa terdekat.
Comments
Loading…