Seperti sudah menjadi tradisi, Epic Games Store akan memberikan satu game percuma pada setiap hari sepanjang perayaan Hari Krismas berlangsung.
Pada 2019 platform itu telah memberikan 12 game, manakala tahun 2020 dan 2021 masing-masing telah memberikan 15 game percuma sepanjang perayaan tersebut.
Nampaknya tahun ini juga tidak ketinggalan, menurut billbil-kun yang sering meniriskan pelbagai info tentang Epic Games Store, PlayStation Plus dan Xbox Game Pass, lapor VGC.
Menurutnya, Epic Games Store dijangka akan memberikan tawaran ini sekitar 15 Disember 2022 hingga 10 Januari 2023.
Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Epic Games Store dan apakah game-game yang akan diberikan percuma itu.
Comments
Loading…