Lebih daripada 70 game percuma telah diberikan di Epic Games Store secara percuma pada tahun lalu, dan platform gaming di PC itu akan meneruskannya sepanjang tahun 2020.
Pada ketika ini, Epic Games Store sedang menawarkan Farming Simulator 19. Ia boleh diambil dari sekarang hingga 6 Februari.
Lebih menarik, pada minggu hadapan tiga game lagi akan diberikan secara percuma, iaitu Pandemic, Carcassonne, dan Ticket to Ride. Ketiga-tiga ini boleh diambil dari 7 Februari hingga 14 Februari.
Korang boleh ke laman rasmi Epic Games Store untuk dapatkan game-game ini.
Comments
Loading…