in ,

Epic Games Store Beri Percuma Trilogi Tomb Raider, Rise of the Tomb Raider, Shadow of the Tomb Raider

Epic Games menutup pemberian 15 hari game percuma dengan bukan satu, tapi tiga buah game sekaligus.

Bersempena musim perayaan Krismas, Epic Games menjalankan kempen satu game percuma di Epic Games Store setiap hari selama 15 hari.

Untuk hari ke-15, Epic telah memberikan trilogi Tomb Raider, iaitu Tomb Raider (2013), Rise of the Tomb Raider (2016), dan Shadow of the Tomb Raider (2018) yang diterbitkan oleh Square Enix.

Berbeza dengan 14 game sebelum ini yang hanya diberikan tempoh selama 24 jam, trilogi action-adventure yang dibangunkan Crystal Dynamics itu boleh diambil secara percuma selama seminggu — dari sekarang sehingga 7 Januari 2022. Apabila berjaya dimasukkan ke dalam Library, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkan ketiga-tiga game ini di Epic Games Store.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Remedy, Tencent Bekerjasama Untuk Bikin Game Shooter Co-Op Percuma

Game Percuma PlayStation Plus Januari 2022 – Persona 5 Strikers, Deep Rock Galactic, Dirt 5