in ,

Epic Games Store Beri Percuma Star Wars Battlefront 2 [KEMASKINI]

[KEMASKINI]: Star Wars Battlefront 2 kini percuma di Epic Games Store sehingga 22 Januari ini. Boleh dapatkannya di sini.

[BERITA ASAL]:

Epic Games Store memulakan tahun 2021 dengan terus memberikan secara percuma game-game AAA yang menarik.

Di bahagian Free Games di Epic Games Store, game percuma yang akan ditawarkan pada minggu hadapan telah didedahkan — iaitu Star Wars Battlefront II keluaran EA yang dilancarkan pertama kali pada 2017.

Game shooter itu akan boleh diambil secara percuma dari 15 Januari hingga 22 Januari 2021. Apabila sudah berjaya masukkan game ini ke dalam akaun, ia akan menjadi milik pemain buat selamanya.

Semesntara menunggu minggu hadapan, korang boleh ambil dulu game percuma untuk minggu ini, iaitu Crying Suns.

Korang boleh dapatkan game-game secara percuma ini melalui pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kedai-Kedai Tempatan Juga Umumkan Pra-Tempah PS5 Sudah Penuh, Stok Tiba Pada 15 Januari

Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh

Among Us Adalah Game Mobile Paling Banyak Dimuat-Turun Sepanjang 2020 Di Seluruh Dunia