Game misteri percuma yang mula diacah di Epic Games Store pada minggu lalu, kini sudah didedahkan apakah game tersebut — iaitu NBA 2K21. Korang boleh dapatkannya di sini.
Game bola keranjang terbitan 2K Games itu boleh diambil secara percuma dari sekarang hingga 27 Mei 2021, 11 malam (waktu Malaysia). Masukkannya ke dalam Library dalam tempoh ini dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Tidak cukup dengan itu, satu lagi game misteri percuma telah diacah, yang akan menggantikan NBA 2K21 apabila ia tamat pada minggu hadapan. Seperti biasa, setiap kali ‘game misteri’ diacah, tentunya ia merupakan sebuah game AAA.
Semua ini berada dalam kempen jualan murah baharu yang dilancarkan di Epic Games Store, digelar Epic MEGA Sale. Bermacam game telah mendapat diskaun di platform tersebut, seperti KINGDOM HEARTS III + Re Mind (DLC), Assassin’s Creed Valhalla, Cyberpunk 2077, Red Dead Redemption 2, STAR WARS: Squadrons dan banyak lagi.
Korang boleh lihat jualan murah Epic MEGA Sale di sini.
Selain itu, ada juga Epic Coupon. Log masuk ke akaun korang, klik ‘GET MY EPIC COUPON’ dan korang akan mendapat kupon sebanyak RM40 untuk dibelanjakan di Epic Games Store sehingga 17 Jun untuk pembelian game di atas RM59.99.
Comments
Loading…