Kita semestinya seronok apabila setiap dua minggu, Epic Games Store akan memberikan beberapa game percuma sejak pertama kali ia dilancarkan pada Disember 2018. Tapi, pernah tak kita terfikir berapakah wang yang telah dibelanja oleh Epic Games untuk membayar game-game itu kepada syarikat-syarikat pembangun game?
Menerusi dokumen yang didedahkan semasa perbalahan antara Epic Games dan Apple di mahkamah, ditemui oleh Simon Carless, kita nampaknya telah mengetahui berapakah jumlah tersebut, lapor The Verge.
Sejak hari pertama pelancaran hingga September 2020 (9 bulan pertama), 38 game percuma telah diberikan kepada para pemain di Epic Games Store, mengumpulkan sebanyak USD11.6 juta (sekitar RM47.63 juta) telah dibayar kepada syarikat-syarikat pembangun game.
Dalam dokumen yang boleh dilihat di bawah, kita dapat mengetahui berapakah jumlah wang setiap game yang dibayar Epic Games kepada syarikat pembangun game masing-masing, serta berapakah bilangan muat-turun untuk setiap game dalam jangka waktu muat-turun yang disediakan.
Seperti yang pernah didedahkan oleh CEO Epic, Tim Sweeney sebelum ini, Epic membayar secara sekaligus (lump sum) kepada para pembangun, bukan berapa bilangan muat-turun.
Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Epic Games telah menanggung kerugian sebanyak hampir USD181 juta (sekitar RM748 juta) pada tahun 2019, manakala USD273 juta (sekitar RM1.1 billion) pada tahun 2020 bagi menampung kempen pemberian game percuma ini.
Comments
Loading…