in ,

Epic Games Store Akhirnya Akan Lancarkan Ciri Achievements Minggu Depan

Antara ciri yang Epic Games Store sentiasa terkebelakang dalam usaha untuk menandingi Steam adalah ketiadaan ciri Achievements.

Kita tidak perlu menunggu lagi kerana Epic Games akhirnya akan melancarkan ciri tersebut ke dalam platform mereka itu bermula minggu hadapan.

Digelar Epic Achievements, ia akan dilancarkan secara berperingkat kepada beberapa game terlebih dulu, antaranya yang disebut ialah Rocket League, Hades, Pillars of Eternity, Kena, Zombie Army 4 dan Alan Wake Remastered. Lebih banyak game akan mendapat ciri ini sepanjang tahun ini.

Melalui Epic Achievements, para pemain akan mempunyai sistem pengumpulan mata yang baharu. Setiap Epic Achievements yang diperoleh akan mendapat XP, setiap tier memberikan jumlah XP berbeza.

  • Bronze = 5-45 XP
  • Silver = 50-95 XP
  • Gold = 100-200 XP
  • Platinum = 250 XP

Epic sebenarnya ada melancarkan ciri seumpama ini, namun ia hanya fokus untuk kegunaan para pembangun, yang mereka gelar sebagai “developer achievements”.

Epic turut menyatakan yang platform itu akan membawakan lebih banyak kemaskini yang berkaitan fungsi sosial baharu dan ganjaran kepada para pemain pada tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 22: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Trilogi GTA Remastered Tertiris Di Laman Web Badan Rating Korea Selatan, Mungkin Dilancarkan November