in , , ,

Epic Games Store Akan Lancarkan Versi Mobile Di iOS Dan Android

Sejak dilancarkan, Epic Games Store telah menggegarkan dunia platform gaming PC yang sebelum ini didominasi oleh Steam. Melalui pemberian game percuma pada setiap minggu, ia telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.

Dalam satu temuramah bersama Gamespot, CEO Epic Games, Tim Sweeney, ada bercakap tentang platform tersebut. Salah satu topik yang ditanyakan ialah apakah apa perancangan mereka untuk Store itu, dan beliau mendedahkan yang mereka kini sedang merancang untuk mengeluarkan versi mobile.

“Kami mahu membawa Store itu ke iOS pada masa akan datang, dan kami akan membawakannya ke Android,’ kata Sweeney. “Kami rasakan yang ia adalah cara yang bagus untuk membantu industri bergerak ke hadapan dan ia satu lagi cara di mana Epic sebagai pembangun game telah membina pengguna dalam kalangan Fortnite dan belajar bagaimana untuk menjalankan platform pengagihan di PC dan Android.”

“Kini, dalam bermacam perkara yang telah kami lakukan dari Unreal Engine kepada servis Epic Online, kami membuka kepada semua pembangun untuk menggunakannya dengan game mereka dan sedang mencuba untuk berkhidmat kepada industri dan menyediakan alternatif yang menarik kepada ekosistem.”

Mungkin selepas ini, setelah menggoyahkan dominasi Steam di PC, Epic Games Store akan menggegarkan dunia mobile pula?

JomBaca: Epic Games Akhirnya Tunduk Kepada Google, Lancarkan Fortnite Ke Play Store

Dan mungkin juga, selain Fortnite, Epic Games akan membangunkan game-game mobile baharu? Atau mungkin melancarkan game-game sedia ada lain dalam versi mobile pula — mungkin Rocket League yang mana Psyonix kini telah dibeli oleh Epic Games?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

Acara Perkongsian Lanjut Cyberpunk 2077 Turut Ditunda Kerana Protes Di Amerika Syarikat

Minecraft Dungeons Mungkin Game Spin-Off Terbaik Untuk Peminat Minecraft Mainkan Sekarang

Minecraft Dungeons Mungkin Game Co-Op Spin-Off Terbaik Untuk Peminat Minecraft Mainkan Sekarang