Kaut lebih untung.

Berita ini telahpun tertiris pada beberapa hari lalu, dan kini, bercakap kepada Eurogamer, Epic Games telah mengesahkan yang laporan ini adalah benar.

Fortnite untuk Android tidak akan dilancarkan di Google Play Store, dan para pemain perlu memuat-turun aplikasi ini melalui laman web rasmi Epic Games. Seperti mana ingin memuat-turun mana-mana fail APK dari sumber pihak ketiga, akan ada “security permission” yang pop-up dan pengguna perlu membenarkan fail tersebut dimuat-turun dari laman web ini.

Kata wakil Epic, Tim Sweeney, salah satu sebab mengapa mereka tidak mahu keluarkan di Play Store adalah disebabkan yuran 30 peratus yang dikenakan. Kata beliau:

“Mengelakkan “cukai kedai” 30 peratus adalah sebahagian daripada motivasi Epic. Ia adalah kos yang tinggi dalam dunia di mana 70 peratus untuk pembangun game itu perlu digunakan untuk membangunkan, mengendalikan dan menyokong game mereka. Dan ia tidak seimbang dengan kos servis yang diperlukan oleh store ini, seperti memproses bayaran, bandwith muat-turun, dan khidmat pelanggan. Kami sangat biasa dengan kos-kos ini daripada pengalaman mengendalikan Fortnite sebagai khidmat pelanggan secara langsung di PC dan Mac.”

Sweeney menjelaskan lagi:

“Di platform terbuka seperti PC, Mac dan Android, matlamat Epic adalah untuk membawa game kami terus kepada pelanggan. Kami percaya gamer akan mendapat faedah daripada persaingan antara sumber perisian di Android. Persaingan antara servis memberikan pelanggan lebih banyak pilihan dan membenarkan yang terbaik berdasarkan prestasi untuk berjaya.”

Beliau turut mengesahkan yang sekiranya iOS adalah platform yang terbuka seperti Android, mereka akan turut melakukan perkara yang sama. Namun, disebabkan platform iOS yang lebih ketat, mereka perlu memasukkan game ini melalui App Store.

Walau bagaimanapun, Epic masih belum dedahkan bilakah Fortnite akan dilancarkan untuk pengguna Android. Bersabarlah ya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.