in , , , , , ,

Epic Games Perlu Bayar Sony Untuk Membenarkan Cross-Play Dalam Fortnite, Dedah CEO Epic

Pada 2018, Sony akhirnya bersetuju untuk membenarkan cross-play antara PlayStation dengan platform-platform gaming lain. Namun, kira-kira tiga tahun selepas itu, baru kita ketahui sebenarnya ada kisah yang tidak sedap untuk kita dengar di sebalik langkah Sony ini.

Penerbit-penerbit game sebenarnya dikehendaki untuk membayar royalti kepada Sony sekiranya Sony mengalami kerugian terhadap pesaing-pesaing konsol mereka.

Perkara ini didedahkan oleh CEO Epic Games, Tim Sweeney, dalam satu dokumen mahkamah dalam kes perbalahan antara Epic Games dan Apple, lapor The Verge.

Dokumen itu mendedahkan bahawa semasa Nintendo dan Microsoft terlebih dulu membenarkan cross-play antara Switch dan Xbox, Sony pada awalnya sentiasa menghalang Epic Games dan penerbit-penerbit game lain untuk membenarkan fungsi itu dalam PS4. Walaupun pada ketika itu Fortnite merupakan game paling popular di PS4, Sony tetap berkeras untuk tidak membenarkannya.

Kemudian, apabila Sony akhirnya menyerah dan bersetuju untuk bersama-sama menyertai fungsi cross-play ini bersama pesaing konsol lain, Sony meletakkan syaratnya tersendiri.

Sony menyediakan struktur pembayaran di mana penerbit game dikehendaki berkongsi pendapatan bersama Sony sekiranya “perkongsian gameplay” PS4 adalah lebih rendah daripada 85%. Sweeney menjelaskan: “Kalau seseorang lebih banyak bermain di PlayStation, tetapi hanya membuat pembelian di iPhone, maka ini mungkin akan menghidupkan pampasan.”

Bagi yang tidak tahu, Fortnite menyokong cross-progression dan cross-purchase, bermakna beli apa-apa item di mana-mana platform pun, pemain boleh menggunakannya di mana-mana platform, asalkan menggunakan akaun yang sama.

Sweeney menyatakan lagi bahawa Epic Games terpaksa bersetuju dengan syarat Sony ini untuk membenarkan cross-play dijalankan ke semua platform.

Langkah pembukaan cross-play oleh PlayStation itu sememangnya satu berita tergempar pada tahun tersebut. Melalui Fortnite yang julung kali melakukannya, ia kemudian diikuti oleh banyak game online multiplayer lain seperti Destiny 2, Call of Duty, Apex Legends dan Rocket League.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas Dota, Siri Animasi League of Legends Pula Akan Ditayangkan Di Netflix

Ratchet & Clank: Rift Apart Kini Boleh Dipra-Tempah, Edisi Standard Pada RM299