Korang mungkin akan menggosok-gosok mata sambil membaca semula tajuk di atas. Tetapi, percayalah, apa yang korang baca adalah benar belaka.

Menurut laporan TechCrunch, Epic Games, syarikat yang membawakan kepada kita Fortnite, telah mengaut keuntungan sebanyak USD3 billion (RM12.47 billion) pada tahun 2018. Ingin ditekankan di sini, angka ini adalah jumlah untung (profit), bukannya jumlah hasil (revenue).

Bagi korang yang kurang arif, secara mudahnya, hasil ialah jumlah yang diperoleh sebelum sebarang kos ditolak. Manakala, untung pula ialah jumlah bersih selepas menolak segala kos yang diperlukan untuk menyelenggara game ini seperti pemasaran, server maintenance, dan lain-lain.

Melihat keuntungan yang diperoleh Epic Games ini, DualShockers telah membandingkannya dengan laporan keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia. Ternyata, jumlah USD3 billion ini telah mengatasi KDNK 29 buah negara di dunia, yang antaranya termasuklah negara-negara seperti Timor-Leste, Bhutan, Liberia dan San Marino.

Melalui pelbagai kandungan yang sentiasa ditambah Epic Games ke dalam Fortnite, kita mungkin akan melihat angka ini bakal bertambah untuk tahun 2019.

Fortnite juga merupakan game yang paling banyak di-Google sepanjang tahun 2018, mengalahkan game-game AAA lain seperti Red Dead Redemption 2, Fallout 76 dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.