in ,

Epic Games Jana RM5.9 Juta Melalui Fortnite Mobile Dalam Masa 72 Jam

Apa yang berlaku dalam Epic Games dalam masa 72 jam lepas?

Fortnite kini adalah game paling popular di dunia. Selepas mencipta fenomena menakjubkan di platform PC, PS4 dan Xbox One, game bergenre battle royale ini telahpun dilancarkan di platform mobile secara berperingkat.

Buat masa ini, ia baru sahaja dilancarkan di iOS, dan memerlukan kod jemputan yang diberikan oleh Epic Games melalui emel. Walaupun hanya membenarkan sebahagian pemain mencuba versi mobile ini, Epic nampaknya sudah menjana keuntungan yang lumayan.

Menurut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Sensor Tower, Epic telah menjana keuntungan sebanyak USD1.5 juta (RM5.9 juta) dalam masa 72 jam pertama melalui platform mobile yang masih dalam sesi percubaan di iOS.

Keuntungan yang mereka peroleh ini adalah hasil daripada pembelian pemain terhadap barangan kosmetik yang ada dalam game seperti outfit, emote, glider dan pickaxe.

Sebagai perbandingan, dua game keluaran NetEase, iaitu Knives Out dan Rules of Survival masing-masing menjana sebanyak USD57 ribu (RM224 ribu) dan USD39 ribu (RM153 ribu) dalam tempoh yang sama, 72 jam pertama, selepas kedua-dua game itu meletakkan pembelian dalam game.

Korang boleh bayangkan berapakah keuntungan yang bakal Epic jana menerusi Fortnite Mobile ini apabila mereka melancarkan game ini sepenuhnya di kedua-dua iOS dan Android?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Mobile Kini Dilancarkan Di Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia Untuk iOS Dan Android

Assassin’s Creed Baru Dilaporkan Akan Singgah Ke Negara Greece? Betul Ke Bohong?