in , ,

Epic Games Bermain Api Dengan Menyaman Apple dan Google Seteleh Fortnite Dibuang Dari Store

Semalam Apple telah membuang Fortnite dari App Store dan dituruti oleh Google Play Store pula pagi ini setelah Epic Games melanggar garis panduan proses pembayaran dalam aplikasi Fortnite.

Penyingkirannya dari App Store dan Play Store berlaku setelah Fortnite memintas sistem pembayaran dalam kedua-dua aplikasi yang dicaj sebanyak 30%, mendorong pengguna untuk membayar semua pembelian dalam game terus secara langsung kepada Epic Games. Atau dalam kata lain, Epic telah memberikan pilihan kepada pengguna untuk membeli V-bucks dengan harga yang lebih tinggi (perlu melalui App Store/Play Store) atau harga lebih rendah (pembayaran terus kepada Epic Games)

Epic Games dan CEO-nya, Tim Sweeney sememangnya cukup terkenal sejak sekian lama untuk memecahkan monopoli yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam industri ini. Setelah memberikan saingan yang cukup sengit kepada Steam melalui pelancaran Epic Games Store di PC, mereka kini sedang dalam kempen untuk melakukan perkara yang sama di platform mobile pula.

Epic Games kini sedang berperang di gelanggang aplikasi mobile, terutamanya memberikan tekanan cukup tinggi kepada Apple.

Epic Games tidak hanya melancarkan acara Fortnite meminta para penyokong untuk “bersama dalam perjuangan” menentang Apple dalam video parodi dari iklan terkenal “1984” syarikat gergasi teknologi Apple, Epic Games turut mengajukan tuntutan terhadap Apple, menuduh syarikat itu mempertahankan monopoli di pasaran pengedaran iOS dan proses pembayaran.

Iklan asal, yang disiarkan di 1984 Super Bowl, mengumumkan kedatangan komputer Macintosh Apple dan bertujuan untuk mengkritik syarikat besar dan kuat seperti IBM. Apple telah dituduh sebagai syarikat monopoli yang pernah ditentangnya – “raksasa yang berusaha untuk mengawal pasaran, menyekat persaingan dan menghentikan inovasi”.

Kemudian, Epic Games juga telah memfailkan tindakan undang-undang kepada Apple dan Google di atas potongan 30% daripada setiap jualan aplikasi di App Store dan Play Store.

Tindakan Epic Games ini telah mendapat sokongan moral daripada sebuah syarikat yang juga sudah lama menentang yuran yang terlalu dikenakan Apple, iaitu Spotify. Spotify turu mengatakan Apple menyalahguna posisi dominan mereka, dan perkara berkenaan kurang adil untuk para pesaing.

Apakah kita bakal menyaksikan beberapa syarikat besar lain yang akan menyertai Epic Games dan Spotify dalam menekan Apple?

Sumber: The Verge

What do you think?

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
FIFA 21 Career Mode Membuktikan Dah Sampai Masa Football Manager Dilancarkan Ke Konsol

FIFA 21 Career Mode Membuktikan Dah Sampai Masa Football Manager Dilancarkan Ke Konsol

Civilization 6 Diumumkan Untuk Konsol PS4 & Xbox One, Dilancarkan Pada November

Civilization VI Kini Boleh Dimainkan Di Android