in

Epic Games Akhirnya Tunduk Kepada Google, Lancarkan Fortnite Ke Play Store

Epic Games akhirnya tunduk kepada Google untuk melancarkan Fortnite Battle Royale di platform Play Store — tetapi drama ini masih belum tamat.

Fortnite dilancarkan ke peranti Android kira-kira 18 bulan yang lalu, dan seperti yang kita tahu Epic Games telah memboikot untuk melancarkannya di Google Play Store. Sebaliknya, pengguna Android yang ingin bermain Fortnite perlu memuat-turunnya melalui platform pihak ketiga di laman web rasmi Epic Games.

Akhirnya, pada hari ini, Epic Games telah melancarkan Fortnite di Play Store. Walau bagaimanapun, dalam ketika mengumumkan pelancaran ini, Epic sempat mengkritik amalan yang digunakan oleh Google.

Pertamanya, Epic mengkritik amalan Google yang sentiasa menyusahkan perisian yang dimuat-turun luar dari Play Store melalui amalan bisnes dan teknikal yang menakutkan. Epic turut menyatakan usaha Google Play Protect adalah untuk menghalang perisian luar dari Play Store untuk dimuat-turun.

Kemudian, Epic menyatakan pengharapannya agar Google mengkaji semula polisi bisnes mereka supaya pembangun game lebih bebas untuk berinteraksi terus dengan pengguna melalui perkhidmatan terbuka termasuklah servis bayaran yang lebih adil.

Untuk makluman, Google mengambil keuntungan sebanyak 30 peratus daripada setiap aplikasi yang diletakkan di Play Store — sama nilainya di Steam, sesuatu yang Epic sentiasa kritik, dan hadir dengan Epic Games Store untuk platform PC yang hanya mengambil 12 peratus dari pembangun game.

Sebagai perbandingan, Apple juga mengambil keuntungan 30 peratus daripada setiap aplikasi yang diletakkan di iOS melalui App Store.

Menurut Epic lagi, mereka akan terus menyokong Fortnite di peranti Android yang dimuat-turun melalui laman web Epic, bersama-sama dengan kehadiran game battle royale itu ke Play Store.

Fortnite kini boleh dimuat-turun di Google Play Store.

Sumber: IGN

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kaitlyn Dever Teruja Kalau Dapat Bawakan Ellie Dalam The Last of Us HBO, Mahu Hugh Jackman Jadi Joel

Kaitlyn Dever Teruja Kalau Dapat Bawakan Ellie Dalam The Last of Us HBO, Mahu Hugh Jackman Jadi Joel

Badan Rating Game, PEGI Dan ESRB Akan Letakkan Label Kalau Ada Lootbox Dalam Game