in ,

Epic Games Adalah Jenama Gaming Paling Popular Di Malaysia – Kajian

Business Financing, sebuah firma kewangan berpangkalan di United Kingdom (UK) telah menjalankan satu kajian yang memerhatikan apakah jenama-jenama paling popular dari pelbagai industri untuk setiap negara di seluruh dunia.

Metodologi yang mereka gunakan dalam kajian ini adalah dengan melihat apakah carian jenama paling tinggi di setiap negara di enjin carian Google dengan menggunakan Google Keyword Planner.

Antara industri yang dikaji ialah jenama telefon pintar, jenama pakaian, jenama makanan segera, jenama barangan rumah, dan tentunya jenama gaming.

Kajian ini telah menyimpulkan bahawa jenama gaming paling popular di Malaysia ialah.. Epic Games. Syarikat gaming gergasi dari Amerika Syarikat itu bukan sahaja paling popular di negara ini, malah turut paling popular di 141 buah negara lain, sekaligus menjadikan ia sebagai jenama gaming nombor satu di dunia, mengalahkan Nintendo.

Semestinya, Epic Games cukup terkenal dengan menawarkan game-game percuma di Epic Games Store, penerbit dan pembangun kepada Fortnite, dan pembangun Unreal Engine.

Selain Epic Games sebagai jenama gaming paling popular, jenama lain yang mendominasi Malaysia ialah Google (keseluruhan), Adidas (pakaian), KFC (makanan segera), Dyson (barangan rumah), dan Huawei (telefon pintar).

Terkejut melihat Epic Games sebagai jenama gaming nombor satu di Malaysia? Ataupun sudah boleh dijangka?

Korang boleh baca laporan penuh kajian ini di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Umpama Gameplay GTA 2 Dengan Tema Cyberpunk – Memperkenalkan Glitchpunk

Masih Belum Memiliki PS5? Tetap Ada Cara Untuk Tebus Game Percuma PlayStation Plus