in , , , ,

Epic Dedahkan Perancangan Mereka Untuk Fortnite Battle Royale, BANYAK Pembaharuan Akan Dibawakan

Sangat banyak maklumat yang baru sahaja dikongsikan untuk game yang semakin hari semakin popular ini.

Epic Games baru sahaja mengeluarkan post terbaru – berkongsi kepada para pemain tentang apakah yang sedang berada di belakang Fortnite Battle Royale, pembangunan yang sedang dilakukan dan waktu perancangan mereka untuk lancarkannya.

Amat banyak apa yang telah mereka dedahkan, dan di bawah adalah apa yang kami rasakan paling menarik untuk korang tahu.

1. Epic akan memperkenalkan sistem yang memudahkan “kita berkawan” dengan pemain-pemain yang kita jumpa semasa bermain Duo atau Squad.

2. Mereka masih lagi sedang mencuba cara yang terbaik untuk melaporkan dan menghukum pemain yang melakukan “team killing”.

3. Epic sedang mengusahakan model menembak yang lebih baik. Mereka cuba untuk memperbaiki “bullet spread” yang rawak semasa “aiming down sights” dalam masa yang sama mengekalkan penggunaan sistem membuat kubu bagi melindungi diri daripada terkena tembakan.

4. Inventory akan ditambahbaik lagi dengan UI yang lebih ringkas serta memudahkan pemain untuk berkongsi items dah materials dengan rakan-rakan lain.

5. Statistik selepas perlawanan akan diperkenalkan. Daripada screenshot yang dikongsi, statistik ini akan menunjukkan kedudukan apabila kita mati, berapa banyak kill, assist, revive dan lain-lain.

6. Lebih banyak lokasi menarik (point of interest – POI) akan ditambah ke dalam map Battle Royale. Kawasan-kawasan yang kosong sebelum ini akan diisi dengan POI baru dan bakal mengubah gameplay serba sedikit. Daripada screenshot yang dikongsi, nampaknya beberapa model bangunan baru akan ditampilkan – iaitu bangunan yang lebih tinggi.

7. Banyak item-item kosmetik yang sedang berada dalam perancangan Epic – daripada gliders, pickaxes hinggalah kepada keunikan setiap karakter kepunyaan pemain.

8. Epic juga sedang berusaha keras untuk membawakan audio yang lebih baik. Mereka sedang mencuba untuk memperkenalkan bunyi tapak kaki berlainan mengikut jenis lantai yang sedang mereka lalui. Bermakna, berjalan di atas kayu, batu, besi dan air akan mengeluarkan bunyi yang berbeza.

Selain itu, mereka juga sedang memperbaiki audio menegak (vertical) bagi memberikan pemain kepastian sama ada musuh berada di kedudukan di atas, di bawah atau tingkat yang sama.

Di samping itu, mereka juga akan mengurangkan bunyi tapak kaki yang dikeluarkan oleh rakan sepasukan.

Bunyi yang dikeluarkan oleh trap (perangkap) juga akan dikurangkan, namun ia tetap boleh didengari untuk kita bertindak apabila musuh meletakannya.

Tidak dilupakan, bunyi yang dikeluarkan oleh Launch Pad. Alat yang terkenal digunakan untuk melakukan flank ini akan di-nerf audionya supaya kita boleh mendengar sekiranya musuh terbang ke arah kita dan kita boleh bersedia dengannya.

9. Semalam, kami telah melaporkan tentang satu mode dalam masa terhad akan diperkenalkan oleh Epic. Mereka akan membawakan mode itu pada bulan ini, dan akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat.

10. Juga dilaporkan oleh JomGaming semalam, Custom Matcmaking akan diperkenalkan ke dalam game ini tidak lama lagi. Dalam post terbaru ini, mereka berkongsi lebih lanjut. Epic kini sedang mencari ramuan terbaik untuk menyokong pertandingan serta keupayaan untuk mencipta peraturan-peraturan sendiri dalam custom games tersebut.

Pastinya apabila adanya custom game, ia tidak sah tanpa kehadiran spectator mode. Sokongan spectator mode juga sedang mereka bangunkan dan akan berkongsi lebih lanjut pada tahun hadapan.

11. Epic mendengar keluhan pemain-pemain di Asia. Mereka akan menambah pusat data (data centre) yang lebih banyak, serta perkhidmatan dan pengalaman yang lebih berkualiti untuk pemain Asia. Kami berharap akan adanya server untuk para pemain di Asia Tenggara.

12. Sekiranya korang adalah seorang pemain yang suka membandingkan statistik antara pemain lain, pasti korang agak kecewa dengan apa yang ditampilkan dalam Leaderboard kini. Ia hanya memberikan beberapa info yang sangat terhad. Epic berjanji untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh, namun mereka menggalakkan para pemain untuk menggunakan laman web-laman web pihak ketiga yang ada buat masa ini – iaitu partybus.gg,  stormshield.one/pvp dan fortnitetracker.com.

13. Dan semestinya, mereka merancang untuk membawakan lebih banyak weapon dan item. Walau bagaimanapun, tiada sebarang info dikongsi mengenai perkara ini.

Korang boleh baca kenyataan penuh Epic Games tentang pembangunan dan perancangan mereka kini dalam Fortnite Battle Royale di sini.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Fortnite Battle Royale: Bom Asap, Grafik Untuk Xbox One X, Pelbagai Isu Diperbaiki Dalam Kemaskini Terbaru

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kalimah Allah Dijumpai Dalam DLC Terbaru Horizon Zero Dawn, Ini Lokasi Dan Videonya

Kalimah Allah Dijumpai Dalam DLC Terbaru Horizon Zero Dawn, Ini Lokasi Dan Videonya

Presiden Take-Two Interactive Tidak Melihat Loot Boxes Sebagai Satu Bentuk Perjudian