in , ,

Enter The Gungeon: Masuk Ke Alam Dungeon Dengan Senjata Moden!

 

enter-the-gungeon-001

Lupakan game klasik dungeon yang memerlukan watak-watak seperti Knight, Mage dan juga Archer. Jom kita bertukar angin ke arah yang lebih moden.

Ni dia game dari developer Dodge Roll Games, iaitu Enter The Gungeon yang akan berada di pasaran pada 5 April 2016. Game ini berkonsepkan action/adventure/arcade dan boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4 dan juga untuk PC, Linux dan Mac.

Mainkan sehingga 4 watak dan misi korang mudah, masuk ke dalam Gungeon dan tewaskan semua musuh-musuh korang iaitu The Cult of the Gundead – musuh yang berbentuk peluru. Buka kotak-kotak untuk dapatkan senjata dan juga korang boleh upgrade senjata korang dan jadi yang terhebat supaya mudah korang mengharungi segala cabaran yang disediakan.

enter-the-gungeon-002

Ok baca dah, bunyi macam menarikkan! Apakata kita layan dulu trailer Enter The Gungeon:

Amacam? Kalau berminat korang boleh dapatkan game ini di kedai-kedai game terdekat pada 5 April ini.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bila Abah Review PS+: Koleksi Game Segera April 2016!

HyperX Cloud Revolver: Headset Gaming Terbaru Dari Kingston