Embark Studios merupakan antara studio baharu yang perlu kita ikuti dengan rapat. Hal ini kerana studio tersebut dibarisi kebanyakan pembangun veteran dari DICE yang sebelum ini pernah membangunkan siri Battlefield.
Tahun lalu, Embark telah mengumumkan game pertama mereka iaitu ARC Raiders — sebuah game percuma co-op third-person shooter PvE di mana pemain dan skuadnya yang digelar Raiders bersatu untuk menghalang serangan besar ARC — satu ancaman robotik yang kejam dari angkasa lepas.
ARC Raiders pada asalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini, namun Embark baru sahaja mengumumkan yang mereka telah menunda tarikh pelancaran game ini ke tahun 2023.
Dalam satu kenyataan, pengasas Embark, Patrick Söderlund mendedahkan yang ARC Raiders bukan lagi akan menjadi game pertama yang mereka akan lancarkan. Sebaliknya, mereka telah mengumumkan sebuah lagi game yang dijadualkan akan dilancarkan terlebih dulu sebelum ARC Raiders.
Game tersebut masih belum mempunyai judul rasmi, di mana ia masih menggunakan nama kod ‘Project Discovery’.
‘Project Discovery’ merupakan sebuah game team-based first-person shooter yang mana video pertamanya pernah mereka kongsikan pada tahun lalu:
Kami sememangnya tidak sabar menantikan game-game yang akan dilancarkan oleh Embark Studios.
For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!